Memori KDBM@PUTRA

Jumaat, 2009 Oktober 23

Pidato Keselamatan& Mahasiswa Milik UPM!

22 Okt, Bukit Kiara - Bertempat di Dewan Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, sejarah ulung telah tercipta di sini semalam apabila saudara Amirrudin b Abd Rahman, 23, dari Universiti Putra Malaysia telah mengukir sejarah sebagai johan pertama Pertandingan Pidato Keselamatan & Mahasiswa anjuran Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi.

Dari dewan yang sama juga turut menyaksikan saudara Ikhwan dari USIM dinobatkan sebagai pemenang tempat kedua, manakala wakil tuan rumah, saudara Wan Azizul menduduki tempat ketiga. Turut memeriahkan pertandingan akhir pidato ini adalah saudari Habibah Juddin dan Kamaruddin dari UPSI, Mohd Firdaus dari UM, dan Aizuddin dari UNITAR.

Kemenangan yang dimiliki oleh oleh Amirrudin menambahkan lagi koleksi kemenangan beliau menjadi 4 dalam pertandingan pidato antara IPT yang disertai beliau semenjak menjejakkan kaki ke bumi UPM.

"Saya mengucapkan rasa syukur kepada Allah atas nikmat kemenangan yang diberikan ini. Saya juga ingin mengucapkan seinfiniti terima kasih buat ibu dan keluarga saya yang tak pernah jemu-jemu mendoakan saya, juga terima kasih buat rakan-rakan seperjuangan dan BHEP yang sentiasa menyokong saya walau di mana saya berada," jawab beliau dengan tenang pabila ditemuramah.

"Kejayaan ini diharapkan menjadi pendorong buat adik-adik yang bakal menghadapi Debat Diraja akan datang untuk melakukan yang terbaik bagi mengangkat nama UPM di arena pperdebatan dan pengucapan awam antara IPT," tambah beliau sambit tersenyum kala ditemuramah.

Isnin, 2009 Oktober 19

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

TARIKH / HARI: 19 Oktober 2009 / Isnin

WAKTU: 8.30 malam

TEMPAT: Bilik Skorpio, Kolej 13

Buat anda yang berminat untuk menyertai kelab ini, anda boleh hadir ke mesyuarat ini. Juga buat anda yang telah mendaftar ketika Minggu Perkasa Putra juga diwajibkan hadir.
Terima kasih.

Isnin, 2009 September 28

LATIHAN DEBAT DIRAJA 2009 TERBARU

Assalamualaikum wbt.

Bulan Ramadhan telah berlalu. Diharapkan masih belum terlambat buat Kelab Debat Bahasa Melayu mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat penganut-penganut beragama Islam yang meraikannya. Ampun maaf dipinta buat kalian semua.

Seusai habis bulan Ramadhan, jadual latihan Debat Diraja juga turut bertukar. Berikut adalah jadual terbaru:

Jumaat
9.00 malam

Sabtu
10.00 pagi

Ahad
10.00 pagi

Tempat adalah seperti biasa di Bilik Skorpio, Kolej 13.

Sehubungan dengan itu, diharapakan semua ahli yang masih berminat untuk dipilih bagi menyertai Debat Diraja kali ini dapat mengubah sikap masing-masing dengan memberi tumpuan dan komitmen yang lebih banyak untuk pertandingan kali ini.

Selepas ini tidak ada sebaran SMS akan dilakukan. Seandainya tidak dapat menghadirkan diri dengan alasan yang kukuh, sila maklumkan kepada saudari Nor Fara Syazwani bt Jufrin di talian 017-7150150.

DISIPLIN TANGGA KEJAYAAN.

Terima kasih.

Wassalam.




Isnin, 2009 September 07

PENGUMUMAN PENTING

Buat para pendebat semua, segala maklumat tentang Liga Debat Putra boleh diperolehi di laman web ligadebatputra.wordpress.com. Anda boleh klik di ruangan sebelah kanan blog ini untuk capaian pantas. Maaf atas segala kesulitan.

Khamis, 2009 September 03

LIGA DEBAT PUTRA: JADUAL PERLAWANAN SARINGAN 1

TARIKH/ HARI: 5 September 2009/ Sabtu
WAKTU: 9.45 malam

KUMPULAN 1

Perlawanan: K12 vs K17
Tuan rumah: K12
Usul: Sukan Medium Terbaik Memupuk Semangat Perpaduan

Perlawanan: KPZ vs K14
Tuan rumah: KPZ
Usul: Kita Perlukan Satu Malaysia


KUMPULAN 2

Perlawanan: K11(J) vs KMR
Tuan rumah: K11
Usul: Sekolah Satu Aliran Wadah Terbaik Pembentukan Negara Bangsa

Perlawanan: KC vs ASASI
Tuan rumah: KC
Usul: Perlembagaan Negara Sudah Tidak Dijunjung


KUMPULAN 3

Perlawanan: K5 vs K15
Tuan rumah: K5
Usul: Negara Dunia Ketiga Perlukan Teknologi Nuklear

Perlawanan: K13 vs KTP
Tuan rumah: K13
Usul: Kita Ketandusan Ikon Mahasiswa


KUMPULAN 4

Perlawanan: K10 vs K6
Tuan rumah: K10
Usul: Isu Pengangguran: Graduan Kita Manja

Perlawanan: KOSASS vs K16
Tuan rumah: KOSASS
Usul: Kokurikulum Berkredit Pemangkin Pembentukan Insaniah

LIGA DEBAT PUTRA: SUSUNAN JADUAL PERLAWANAN

PUSINGAN

TARIKH

PERLAWANAN

TUAN RUMAH

1

05 Sept 2009

A

B

A

C

D

C

E

-

2

12 Sept 2009

E

A

E

B

C

B

D

-

3

03 Okt 2009

A

D

A

E

B

E

C

-

4

10 Okt

2009

C

A

C

D

E

D

B

-

5

17 Okt

2009

B

D

B

E

C

E

A

-

LIGA DEBAT PUTRA: SENARAI PASUKAN

KUMPULAN 1

KUMPULAN 2

KUMPULAN 3

KUMPULAN 4

A

K12

K11 (J)

K5

K10

B

K17

KMR

K15

K6

C

KPZ

KC

K13

KOSASS

D

K14

ASASI

KTP

K16

E

KTDI

K2

KTDI (J)

K11

Rabu, 2009 Ogos 26

LIGA DEBAT PUTRA (LDP) MENEMUI ANDA!!

Pertandingan Liga Debat Putra (LDP) adalah pertandingan debat Interkolej anjuran bersama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Kelab Debat Bahasa Melayu UPM (KDBMPUTRA) dan Jemaah Presiden Kolej. Objektif utama program seumpama ini dijalankan adalah bertujuan untuk membudayakan debat di kalangan mahasiswa bagi melahirkan mahasiswa yang berfikiran kritis dan kreatif.

Pertandingan ini adalah julung-julung kali diadakan di UPM, yang mana format pertandingan ini akan dijalankan secara liga sepanjang 2 semester sesi 2009/2010, berbeza dengan format pertandingan debat Interkolej (PENDEKAR) yang menggunakan sistem power match, setiap kolej akan bersaing untuk merebut Piala Timbalan Naib Canselor HEPA selepas mengharungi pusingan liga yang akan diadakan pada setiap malam Sabtu setiap minggu sepanjang 2 semester ini berlangsung, bermula 5 September 2009 ini.

kdbmputra.blogspot.com adalah media rasmi untuk pertandingan ini. Anda boleh untuk melayari laman web ini untuk mendapatkan maklumat jadual perlawanan, keputusan perlawanan dan kedudukan terkini pasukan.

Sebagai persediaan menghadapi saingan LDP ini, pihak BHEP dan KDBMPUTRA akan mengadakan satu bengkel yang dinamakan Bengkel dan Taklimat Liga Debat Putra. Setiap kolej dikehendaki untuk menghantar wakil bagi menghadiri bengkel ini. Bengkel ini akan memberikan taklimat mengenai sistem pertandingan, syarat pertandingan dan sebagainya. Berikut adalah butiran mengenai bengkel ini:

NAMA
Bengkel & Taklimat Liga Debat Putra 09/10
TARIKH
2 September 2009
MASA
9.45 malam
TEMPAT
Dewan Kolegiat Putra 1, Kolej 13

Sebarang pertanyaan, anda boleh ajukan di ruangan chatbox Diskusi Pemikir di sebelah kanan laman blog ini, atau anda juga boleh menghubungi:
Syamsul Salleh : 013 - 6663152
Ammar Redza : 012 - 5572939
Amirrudin Abd Rahman : 0176525293
Norlida Idrus : 017 - 6944514
Nabihah Mohd Saidi : 017 - 3001787

Untuk anda, selamat bersaing dan selamat berdebat!!



Sabtu, 2009 Ogos 22

PERSEDIAAN DEBAT DIRAJA : FASA PERTAMA (LATIHAN DI BULAN RAMADHAN)

Makluman kepada semua pemikir KDBMPUTRA, berdasarkan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat kelab pada 21 Ogos 2009, berikut merupakan info berkenaan latihan persediaan Fasa Pertama Debat DiRaja UPM sepanjang bulan Ramadhan ini :

Setiap Jumaat dan Sabtu
10.00 malam
Bilik Scorpio, Kolej Ketiga Belas, UPM

Setiap Ahad
Sepanjang Hari (bermula jam 10.00 pagi)
Bilik Scorpio, Kolej Ketiga Belas, UPM.

sebarang ketidakhadiran perlulah dimaklumkan sehari lebih awal kepada setiausaha kelab/AJK Latihan. Perubahan masa dan tempat latihan akan dimaklumkan kemudian.

KDBMPUTRA memohon kerjasama dan jasa baik rakan-rakan pemikir untuk memberikan sepenuh perhatian dan komitmen dalam sesi latihan ini kerana kejayaan yang terbaik hanya akan dikecapi melalui usaha yang terbaik. Hanya yang terbaik, mampu menjadi yang terbaik.

Pendebat-pendebat muda kolej kediaman turut dijemput dan dialau-alukan untuk turut serta dalam sesi latihan ini.

Selasa, 2009 Ogos 11

DEBAT KEMERDEKAAN 2009

Tarikh latihan : 10 - 13 Ogos 2009
Tempat latihan : Bilik Skorpio, Kolej 13
Waktu : 8.30 malam
KETUA KONTINJEN
Nor Fara Syazwani bt Jufrin
KETUA LATIHAN
Muhammad Badri b Ishak
KETUA KEBAJIKAN
Mohd Syamsul b Salleh
KETUA PENDOKUMENTASIAN
Mohd Fazil b Yahaya
KETUA KEROHANIAN
Ammar Redza b Ahmad Rizal
Dan bagi anda yang berminat mengikuti latihan debat universiti ini, jangan lepaskan peluang ini untuk hadir. Kehadiran anda amatlah dialu-alukan.

Jumaat, 2009 Ogos 07

TENTATIF PENDEKAR 4

Sabtu, 8 Ogos 2009
8.00 malam : Pusingan 1
Ahad, 9 Ogos 2009
8.00 pagi : Pusingan 2
10.30 pagi : Pusingan 3
2.30 petang : Pusingan 4
8.00 malam : Pusingan 5
Ahad, 16 Ogos 2009
8.00 pagi : Suku akhir
10.30 pagi : Separuh akhir
8.00 malam : Akhir

MAKLUMAN : Pertandingan Pidato Kemerdekaan Sempena Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan Ke-52 Tahun 2009

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pertandingan Pidato Kemerdekaan Sempena Ulangtahun Kemerdekaan Ke-52 Tahun 2009 atau kini dikenali dengan nama Pertandingan Pidato Merdeka 1Malaysia yang dianjurkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia akan diadakan seperti berikut :

Pusingan Kelayakan
(Kategori IPTA dan Kategori Sekolah)

Tarikh : 14 dan 15 Ogos 2009
Tempat : Auditorium Perpustakaan Negara Malaysia

Masa : 09.00 pg - 01.00 ptg.


Pusingan Akhir
(5 peserta kategori IPTA dan 5 peserta kategori sekolah)

Tarikh : 20 Ogos 2009
Tempat : Auditorium Angkasapuri

Masa : 09.00 malam


Cadangan Tajuk Pidato Merdeka 1Malaysia

1 Malaysia Bukan Impian
1 Malaysia : Cabaran dan harapan
Ilmu Benteng Penjajahan Minda
Masyarakat membaca, Masyarakat Merdeka
Perpaduan Melalui Seni Budaya
Perpaduan Melalui Pembacaan
Wadah Budaya Wajah Bangsa
Perang : Menang Jadi Arang, Kalah Jadi Abu
Malaysia Mampu Mencapai Taraf Negara Maju
Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Malaysia
1 Malaysia Penggerak Inovasi
Budaya Kecemerlangan : Perjalanan Atau Destinasi?
Bahasa Melayu Bahasa Ilmu
Bahasa Melayu Bahasa Sains Dan Teknologi (S&T)
Liberalisasi : Cabaran Dan Peluang
1 Malaysia : Penjana Transformasi Negara

p/s : 2 peserta diperlukan untuk mewakili UPM. (Berbilang Kaum)

MAKLUMAN : Pertandingan Pidato Antara Mahasiswa IPTA Sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan 2009

Pertandingan Pidato Antara Mahasiswa IPTA Sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan 2009 akan dijalankan pada 09 - 11 Ogos 2009 ini di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka.

TAJUK PIDATO
Saringan
  1. Hala Tuju Yang Jelas Perkara Asas Penentu Kejayaan
  2. Anjakan Paradigma Menentukan Survival
  3. Peladang/Penternak/Nelayan Berjaya Kerana Keprihatinan Kerajaan
  4. Pertanian Nadi Ekonomi Negara
  5. Kebergantungan Kepada Pekerja Asing Satu Cabaran Kepada Sektor Pertanian
  6. Penanaman Padi Secara Besar-Besaran Wajar Dibangunkan
  7. Ke Arah Menarik Minat Golongan Muda Menceburi Bidang Pertanian : Satu Cabaran
  8. Satu Daerah Satu Tanaman
  9. Penternak Akuakultur Mampu Atasi Masalah Pengimportan
  10. "........ dan masalahnya ialah ........."
Separuh Akhir
  1. Visi dan Misi Tiada Makna Tanpa Pelan Tindakan Yang Jitu.
  2. Pemasaran Produk Masih Menjadi Persoalan.
  3. Konsep Pertanian Baru Lebih Menguntungkan Petani.
  4. Produk Agro Pelancongan Sumber Pendapatan Negara.
  5. Pertanian Moden Di Malaysia : Satu Realiti.
p/s : KDBM@PUTRA akan memberi keutamaan kepada pemidato muda UPM untuk menyertai pertandingan ini. Harap Maklum.

Rabu, 2009 Ogos 05

USUL DEBAT KEMERDEKAAN 2009

Salam.
Pihak Sanggar Debat memanjangkan surat makluman Pn Mazlena Mohamad Hussain (Ketua Hakim Debat Kemerdekaan 2009) berkaitan usul seperti dibawah:

Salam,
Attached is a copy of the list of topics for the coming debat arkib diUSIM from 14th – 18th Aug 2009.
Mode of selecting the motions will be as usual i.e. three topics will beselected and it is up to the debaters to decide the topic to debate on.
Please be informed that the topics given are actually subjected to theapproval of the Minister Dato’ Seri Utama Dr. RAis YAtim. There is apossibility that some of the topics might be slashed or new topics addedby him. I will inform you if there are any changes to the topics.
Puan Samiha from ANM will try to fax the topics to you asap.
Please do not hesitate to contact me at… (pihak sanggar debat akan memanjangkan sebarang pertanyaan kepada beliau) if you have any query regarding thismatter.
I would appreciate it very much if you could forward this information toyour fellow friends from other IPTA/IPTS/IPGM as I do not everybodies’email address.
Thank you.
Yours,
Mazlena Mohamad Hussain
UIAM


USUL DEBAT KEMERDEKAAN 2009.

GAGASAN SATU MALAYSIA.
Kita perlukan 1 Malaysia
Satu Malaysia Asas Perpaduan
Satu Malaysia : Penerusan Bukan Pembaharuan
Satu Malaysia : Rakyat Penentu Pencapaian
Gagasan 1 Malaysia : Pemangkin Pembangunan Negara

POLITIK.
Kekalutan politik memecahbelahkan rakyat.
Negara bangsa : Kita semakin jelas.
Semangat patriotisme penentu kejayaan Negara.
Politik baru, resipi kelestarian negara.
Politik kampus menjadikan mahasiswa lebih berintegriti
Pengundi Malaysia masih belum bijak
Pemimpin kita tidak menghayati sejarah
Negara memerlukan lebih ramai pemimpin wanita

PENDIDIKAN.
Kembali ke bahasa melayu : keputusan terbaik kita.
Pendidikan sivik dan kewarganegaraan melahirkan pelajar patriotik
Sekolah satu aliran wadah pembentukan Negara bangsa.
Matapelajaran sejarah perlu dipanjangkan.
Memupuk semangat perpaduan: tanggungjawab sekolah.

ISU KEMERDEKAAN.
Kemerdekaan Negara dihargai
Sambutan hari kemerdekaan hanya ikut-ikutan.
Kemerdekaan membawa kebebasan.

SOSIAL.
Integriti membina perpaduan.
Perpaduan asas mencapai status Negara maju.
Media alternatif mengancam perpaduan.
Upin dan Ipin: menifestasi perpaduan kita.
Bandaraya warisan dunia: Simbol Penghayatan Sejarah.
Semangat Patriotisme : Industri Perfileman perlu lebih aktif.
Kita perlu lebih liberal demi perpaduan.
Isu Perpaduan, pihak swasta lepas tangan
Sejarah kita disalah guna
Khazanah Arkib : Kenal tapi tak cinta

EKONOMI.
Subsidi masih relevan
Wilayah pembangunan ekonomi: hangat-hangat tahi ayam
Krisis ekonomi mengugat kestabilan perpaduan negara


Sumber:
Sanggar Debat

Sabtu, 2009 Ogos 01

PENANTIAN 15 TAHUN MENJADI KENYATAAN : TAHNIAH KDBM@PUTRA

Universiti Teknologi Petronas (UTP), 28 Julai 2009 – Penantian Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk kembali mengungguli Pertandingan Debat Alam Sekitar (DAS) selepas kali terakhir menjuarainya 15 tahun lalu akhirnya tercapai apabila pasukan UPM yang dibarisi oleh Mohd Syamsul Salleh 23, Amirrudin Abd Rahman 23, Ammar Redza Ahmad Rizal 21 dan Rosearnida Senawi 21 telah diumumkan sebagai juara Debat Alam Sekitar edisi ke-19, 2009 di UTP. Bertindak selaku panel pembangkang dalam membahaskan usul MASALAH ALAM SEKITAR AGENDA POLITIK MESRA ALAM JAWAPANNYA, Pasukan UPM berjaya meraih perhatian juri melalui kupasan dan idea bernas yang dilontarkan sekaligus berjaya menewaskan pasukan dari Universiti Multimedia Malaysia (MMU) yang bertindak selaku kerajaan dengan perbezaan juri 5-2. Kejayaan pasukan UPM dalam edisi DAS tahun ini diserikan lagi apabila pendebat ketiga pasukan UPM iaitu Amirrudin Abd Rahman 23, telah berjaya meraih anugerah pendebat terbaik perlawanan akhir tersebut.

Menurut mereka, kejayaan pasukan UPM tahun ini bukannya hadir semata-mata disebabkan oleh kekuatan dan keserasian gandingan mereka bertiga, namun kejayaan ini hadir disebabkan oleh komitmen dan kesungguhan yang tidak berbelah bahagi yang dipamerkan oleh seluruh ahli Kelab Debat Bahasa Melayu UPM yang turut dibantu penuh menerusi sokongan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM di sepanjang latihan hinggalah ke hari pertandingan.

Kejuaraan DAS ini telah menambahkan satu lagi rekod kejuaraan buat pasukan UPM dalam kalendar debat MADUM tahun ini selepas kejayaan menjuarai Debat Piala Di Raja kategori utama dan Debat Kepenggunaan 2009 sekaligus membolehkan pasukan UPM berada di landasan terbaik untuk terus memburu gelaran Pasukan Terbaik MADUM 2009 yang hanya berbaki satu pertandingan saja lagi iaitu Pertandingan Debat Kemerdekaan 2009 yang akan diadakan di USIM Ogos ini. Sama-samalah kita mendoakan kejayaan pasukan UPM!!!

REKOD PERLAWANAN PASUKAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
DEBAT ALAM SEKITAR 2009
24 – 28 Julai 2009
Universiti Teknologi Petronas (UTP)

SARINGAN HARI PERTAMA
25 Julai 2009

USIM vs UPM
Penerokaan Hutan Membawa Faedah
Keputusan : UPM
Juri : 3-0
Margin : 5.67
Pendebat Terbaik : Mohd Syamsul Salleh

UPM vs UPSI
Penggunaan Pembungkus Plastik Perlu Diharamkan
Keputusan : UPM
Juri : 2-1
Margin : 3
Pendebat Terbaik : Siti Habibah

UIAM vs UPM
Earth Hour Perlu Diteruskan
Keputusan : UIAM
Juri : 2-1
Margin : 2.5
Pendebat Terbaik : Amiruddin Abd Rahman

SARINGAN HARI KEDUA
26 Julai 2009

UPM vs UUM
Kereta Hybrid Hanya Menguntungkan Pengeluarnya
Keputusan : UPM
Juri : 3-0
Margin : 4
Pendebat Terbaik : Amiruddin Abd Rahman

USM vs UPM
Dunia Memerlukan Teknologi Biofuel
Keputusan : UPM
Juri : 3-0
Margin : 2
Pendebat Terbaik : Amiruddin Abd Rahman

UPM vs MMU
Perdagangan Karbon Menjual Alam Sekitar
Keputusan : MMU
Juri : 2-1
Margin : 1
Pendebat Terbaik : Mohd Syamsul Salleh

SUKU AKHIR
UKM vs UPM
Penguatkuasaan Undang-Undang Alam Sekitar Lebih Efektif Daripada Insentif Ekonomi
Keputusan : UPM
Juri : 4-1
Margin :
Pendebat Terbaik : Mohd Syamsul Salleh

SEPARUH AKHIR
USM vs UPM
Pencinta Alam Sekitar Hanya Bertepuk Sebelah Tangan
Keputusan : UPM
Juri : 3-2
Margin :
Pendebat Terbaik : Mohd Syamsul Salleh

AKHIR
MMU vs UPM
Masalah Alam Sekitar : Agenda Politik Mesra Alam Adalah Jawapannya
Keputusan : UPM
Juri : 5-2
Margin :
Pendebat Terbaik : Amiruddin Abd Rahman